Thursday, November 1, 2007

Parkinsonkah aku?

hurm agak menarik tajuk kali nie...hurm untuk pengetahuan korg lah kan...tepat kol 1.00pm tadi aku membuka tudung saji untuk melihat apakah juadah tengahari nie...hurm terlihat disitu sekeping telur dadar yg telah siap dipotong lapan...ingin ku amik sekeping dan tatkala aku mengangkat kepingan telur itu tiba2 terlepas lalu termasuk semula ke dalam pingganya...aku mendapati tangan ku menggigil..seperti mereka2 yg mengalami sintom parkinson....arghhhhhhh...............................................

jam 130pm
aku berada di masjid Kg Paya Datok untuk menunaikan solat sunat jumaat...hurm aku duduk sambil mendengar khutbah yg disampaikan oleh khatib yang berkisarkan tentang solat fardhu dan solat sunat....macam2 isi berguna yang aku dapati antaranya "barangsiapa yang melambat2kan solat sehingga terlepas waktu solat tersebut,di akhirat kelak akan dicampakkan dirinya ke dalam sebuah telaga yang amat dalam bernama telaga wahi yang terletak di neraka"..YA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSAKU INI,SESUNGGUNYA AKU ADALAH INSAN YANG LEMAH...AMIN...

ketika sedang khusyuk mendengar ceramah aku sekali lagi terperasan sesuatu yang ganjil...what the hell happen to my right hand...always vibrating...patutlah tadi waktu mandi pegang sabun pun terlepas...kecoh tol lah tangan aku nie....hurm aku terpikir...adakah aku diserang parkinson?oh tidak...aku adalah org yg amat yakin dgn diri sendiri...

tiba2 aku teringat sesuatu yg berlaku pagi tadi...

11am

"angah bangun,busu datang tu,nak jumpa kau,dia tggu kat dapur,bangun tau"...kejutan dari ibunda tercinta mengejutkan aku yang sedang lena dibuai mimpi...adik kepada ibu iaitu busu aku dtg nak jumpa aku...aku dgn mamai dan kemalasan bangun pergi ke toilet mencuci muka dan terus duduk di meja makan tempat mereka bergelak ketawa...soalan pertama yang aku dapat dari busu aku..."ngah kau pandai mesin rumput tak?"...what?adakah soalan ni wajar untuk mereka2 yang baru je bgn dari tidur..aku masih tak paham di samping aku menggelengkan kepala...dikala itu ternyata aku masih lagi mamai...hurm then tiba2 dia menawarkan untuk mengajar aku memesin rumput...adakah profesyen seperti ini yang aku idamkan ketika kecil dahulu?oh no way man...aku cuba memahami situasi...dan hampir kira2 10 minit aku mulai sedar dari mimpi...rupanya busu datang nak mesin rumput belakang umah aku...tapi ibu suh aku yg mesin...ye r umah sendiri takkan nak suh owg len yg mesin...wat malu aku je...

hurm aku memulakan tugas amal aku dgn ikhlas demi membantu nenda tercinta....my backyard was so nice to see....rumput semakin hari semakin panjang...kalau dibiarkan maybe ular sawa pun boleh sesat lepak dalam tue....aku pun menuang minyak+2t kat dalam mesin rumput,menghidupkan enjinya lalu aku mengangkatnya dan memulakan kerja2 yang diamanahkan....berbekalkan pengalaman sewaktu khidmat komuniti PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA siri 1/04 di selandar aku tidak ragu2 untuk memesin rumput...walaupun itu baru kali ke dua sepanjang hidup aku melakukan kerja begitu....

2.13pm pas semayang jumaat...

baru aku tau,disebabkan aku jarang memesin rumput,tangan aku menggigil kerana getaran yang amat padu pada mesin rumput itu...so aku bebas dari masalah parkinson even tangan aku masih cam menggigil je sekang nie...

p/s,tolonglah keluarga dgn ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan...

till later,peace....

No comments: