Thursday, November 1, 2007

Johor Bahru,sound interesting....

hurm beberapa hari yang lepas aku ke johor bahru untuk menguruskan saki baki masalah yang membuatkan aku still tak grad2 ag kat kolej aku...hurm area college mmg cam gempak coz dkt giler ngan Senai International Airport...tapi kolejnye hampeh...bukan nak mengutuk atau menyebelahkan mana2 pihak just aku silap sebab aku malas belajar dulu....n atas izin 4JJl aku dah berubah sekarang...

johor bahru mmg gah pada namanya...for those yang pernah pergi kat sana nama danga bay,setulang,city square,plaza angsana,pelangi sure menjadi mainan kat lidah korg....sebuah bandaraya yg pesat membangun seiring dgn negara jiran singapura....

bezanya melaka dan juga johor bahru...yg paling ketara adalah sistem pengangkutan awam...tak kasar aku katakan bas domestik di melaka yang tercantik hanya sekadar boleh duduk di sebelah bas2 kilang di johor bahru...mmg agak ketara terutamanya bas dan teksi...bas di sana agak selesa berbanding disini...entah di mana silapnya...begitu juga dgn teksi...di mana2 bustop sekeliling town pasti akan ada sahaja teksi menunggu...ini tidak menyusahkan pengguna di sana...

kesesakan jalan raya adalah perkara biasa dalam arus pembangunan di sesebuah bandaraya...seperti di johor jalan sesak giler terutamanya di persimpangan perling/hghway pasir gudang...hurm sebab kesesakan adalah kerana pembinaan flyover bertingkat yang kira2 45% siap pembinaanya(sure kaya giler sape yg dapat tender projek tue)...sementara flyover di persimpangan taman u plak dah 90% siap dan keadaan disitu sangatlah lancar...hurm...di melaka jugak jalan kerapkali sesak...bukan kerana ada pembinaan...tetapi just haramnya manusia2 yang tidak tahu menjaga hati pemandu yg len...sebab utama kesesakan di melaka adalah kerana kereta2 diparking di bahu jalan even MBMB dah letakkan line kuning menunjukkan yg tidak boleh meletakkan kenderaan di situ...ya disitulah bezanya melaka dan johor bahru...

tetapi di johor bahru anda akan sentiasa tdo dalam kelaparan bagi student2 kerana perghhh makanan kat sana mahal giler beb...tak caya g try ar...3 pinggan nasik campur kat melaka sama ngan sepinggan kat sana...arghhh...better makan fastfood kat sana...

anyway...I LOVE MELAKA so damn much...dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung...aku lahir di bumi bertuah ini...darah panglima2 melaka mengalir dalam tubuh nie...kalau tidak kerna melaka tidak akan ada sejarah malaysia...melaka tetap di hatiku...

it's maghrib's already...nak g masjid,ada sambutan org2 nak g haji...mam free malam nie...k guys...cu gain...

later...

No comments: